Kemas kini 2.6 SOALAN LAZIM

--- Pencarian & Peti ---

Bagaimana saya boleh mengumpulkan ganjaran daripada slot kemenangan Per-1/Ke-3/Sinister 7?

Ganjaran tersebut diberikan setelah pencarian dilengkapkan.

 

Apa yang terjadi kepada pemberitahuan kemenangan Per-1/Ke-3/Sinister 7 dan 5 Pencarian Wira?

Dalam Kemas kini 2.6, kami mengembalikan ketiga-tiga tempat pencarian berdasarkan maklum balas pemain. Namun, anda mungkin tidak menyedari yang pencarian itu kini sedang berjalan. Ada banyak lagi perkara hebat yang sedang menanti di bawah tiga pencarian teratas itu, termasuk ganjaran Per-1/Ke-3/Sin7!

 

Adakah peti Bakat akan kekal memandangkan ia tiada lagi di dalam Peti Misteri?

Kami akan terus mendapatkan maklum balas daripada komuniti pemain. Jika para pemain menyukainya, maka ia mungkin terus kekal dalam bentuk semasa dan baharu.

 

Adakah duit Bakat turut dibuang daripada sumber lain, atau hanya daripada Peti Misteri?

Duit Bakat hanya akan dibuang daripada peti Misteri Jarang & Epik di dalam Kemas kini 2.6

 

 

--- Mesej Ringkas ---

Bolehkah saya membisukan pemain yang 'terlalu' banyak berkomunikasi sekarang?

Opsyen bisu standard digunakan untuk ping serta boleh berfungsi dengan mesej ringkas.

 

Bagaimana saya boleh mengesyorkan sesuatu item itu kepada seseorang?

Tarik skrin Kedai ke atas. Ketik sekali pada item, kemudian ketik pada butang ungu "mesej". Kemudian, pilih rakan sepasukan.

 

Bagaimana saya boleh memberitahu pasukan saya tentang masa menunggu pada item atau keupayaan saya?

Dwiketik item atau keupayaan yang sedang dalam masa menunggu akan menggesa pemasa yang disiarkan; bagaimanapun, penggunaan sesuatu keupayaan dan item yang bukan dalam masa menunggu akan mencetuskannya.

 

Adakah sebarang sekatan masa pada mesej ringkas di antara setiap penggunaan?

Ya, ada. Penggunaan lebih daripada dua mesej secara beturut-turut akan mencetuskan masa menunggu spam.

'GLHF' hanya boleh digunakan sepanjang 60 saat pertama dalam perlawanan.
'GG' hanya boleh digunakan selepas Vain Crystal berkecai, atau sepanjang mata perlawanan di Blitz.

 

Ke mana perginya butang '?'?

'?' telah digantikan dengan juntai bawah Mesej Ringkas. Berdasarkan maklum balas pemain lalu, kami pasti anda tidak akan terlepas pandang!

 

 

--- Kulit ---

Adakah kesemua kulit akan tersedia sejurus selepas kemas kini atau akan ditangguhkan?

Jawapan kepada persoalan ini diperincikan di dalam nota kemas kini!

 

 

--- Pelbagai ---

Sudahkah pepijat Eve of Harvest dan Serpent Mask dibetulkan?

Ya. Ia sebenarnya dikemas kini secara hotfix di pihak pelayan sebaik sahaja kami menemui pepijat itu, namun bahagian visual pada pepijat memerlukan pembetulan di pihak klien, yang memerlukan kemas kini. Jadi kemas kini akan membetulkan bahagian visual.

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami