Saya tidak boleh melog masuk! Saya terlupa kata laluan saya!

Jika anda menghadapi masalah untuk melog masuk, mula-mula pastikan anda memasukkan e-mel dan kata laluan anda dengan perlahan dan betul. Tersalah taip semasa cuba melog masuk ialah punca paling biasa untuk masalah ini.

Jika anda terlupa kata laluan anda, terdapat dua perkara yang boleh anda lakukan:

  1. Klik di sini untuk menetapkan semula kata laluan anda
  2. Dalam Permainan: Ketik pautan "Terlupa Kata Laluan" di sebelah kanan butang "Log Masuk"

Pastikan anda merahsiakan kata laluan anda dan tidak berkongsi kata laluan itu. Jika anda mengesyaki seseorang telah melog masuk ke akaun anda dan membuat perubahan tanpa kebenaran anda, sila buka tiket.

Jika anda mengalami masalah sambungan yang menyatakan anda tidak dapat mencapai pelayan kami, cuba langkah ini:

  • Semak Status Vainglory untuk melihat sama ada kami mengalami isu atau berada dalam mod Penyelenggaraan
  • Mulakan semula peranti dan penghala anda
  • Jika menghidupkan semula tidak berkesan, cuba buka port 7000~8020 untuk memastikan semua paket permainan boleh melepasi penghala anda
  • Menyambung melalui LTE / Data Mudah Alih mungkin suatu penyelesaian jika anda mengalami isu butang "Log masuk" menjadi putih apabila anda cuba melog masuk. Ini disebabkan oleh port yang tersekat.

Perlu diingat bahawa pekerja Super Evil Megacorp tidak akan sesekali meminta kata laluan anda.

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami