Saya mengalami ranap permainan, apakah yang harus saya lakukan?

Oh tidak, kami kesal mendengarnya! Nasib baik masalah ini biasanya sangat mudah untuk diselesaikan. Ranap permainan dalam kebanyakan kes berpunca daripada kehabisan memori pada peranti anda.

Sila cuba penyelesaian berikut:

 

Android:

MATIKAN peranti anda dengan menggunakan butang kuasa selama 15 saat atau lebih. Kemudian, hidupkan kembali peranti anda.

Jika cara itu tidak berkesan, anda juga boleh mempertimbangkan memadam data/aplikasi lama yang anda tidak gunakan, memindahkan foto dan lain-lain ke komputer anda untuk mengosongkan lebih banyak ruang.

Nota: Jika anda memasang Vainglory pada kad SD, cuba pasang pada peranti jika boleh. Namun, jika tidak boleh, pertimbangkan menaik taraf kad SD anda kepada kad yang mempunyai kelajuan baca/tulis yang lebih cepat.

Selain itu, jangan lupa bahawa peranti suka menyimpan ruang tambahan untuk Memori Lentur, jadi sila pastikan peranti anda mempunyai sekurang-kurangnya 2GB baki ruang selepas memasang Vainglory.

 

iOS:

Tekan butang kuasa dan butang utama pada peranti anda sehingga logo Apple muncul

Sila ingat bahawa memori yang kami sebut di sini tidak berkaitan dengan ruang kosong yang boleh anda nampak dengan melihat pada tetapan peranti anda tetapi memori yang digunakan oleh aplikasi yang sedang berjalan pada peranti anda.

Memulakan semula peranti akan mengosongkan memori ini, membenarkan anda terus bermain.

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami