Masalah Memasang atau Mengemas Kini.

Kami tidak mengawal proses pemasangan atau kemas kini di sebelah kami. Walau bagaimanapun, kami mempunyai beberapa cadangan yang boleh anda lakukan agar anda dapat melakukan pemasangan.

Ini meliputi isu seperti: Tidak Menemui Aset / Lokasi Pemasangan Tidak Tersedia / Pemasangan Terhenti di xx% / Pemasangan Bermula Semula

 

iOS:

  1. Padam Vainglory (jika anda memasang versi yang lebih lama)
  2. Tekan butang matikan kuasa dan butang utama serentak selama kira-kira 10 saat sehingga logo Apple muncul
  3. Pastikan anda bersambung ke WiFi dan bukannya sambungan LTE/3G/4G
  4. Cari Vainglory di App Store dan lakukan pemasangan baru

 

Android:

Sila baca semua penyelesaian di sini untuk melihat sama ada salah satu penyelesaian ini menangani isu anda:

Mula-mula, pastikan anda telah melakukan pemasangan baru kemas kini yang terbaru.


Aset tidak ditemui:
Could not find assets.png

Isu ini sangat biasa tetapi juga sangat mudah dan senang untuk diselesaikan.

Untuk pengguna OS Marshmallow:
OS ini memaksa anda menukar kebenaran untuk data pemasangan secara manual, jadi sila pergi ke Tetapan → Pengurus Aplikasi → Vainglory → Kebenaran Apl → Storan → (tetapkan kepada hidup).

Jika anda selesa berbuat demikian, cuba ini:

  1. Menggunakan mana-mana File Explorer pergi ke: Android/obb/com.superevilmegacorp.game
  2. Padam main.x.com.superevilmegacorp
  3. Namakan semula patch.y.com.superevilmegacorp menjadi main.y.com.superevilmegacorp

Sesetengah pemain mendakwa cara ini tidak berkesan, jika demikian maka sila padamkan mana-mana fail OBB yang boleh anda temui dalam folder dan mulakan semula peranti anda lalu pasang Vainglory lagi.

Jika cara itu tidak berkesan, sila ikuti langkah ini:

  1. Nyahpasang Vainglory
  2. Nyahpasang kemas kini Google Play (Tetapan → Apl → Gedung Google Play → nyahpasang kemas kini)*kemas kini menyimpan beberapa maklumat yang mengakibatkan perkara ini, jadi ini mesti dilakukan, cara ini juga selamat
  3. Matikan peranti anda selama 15+ saat
  4. Pasang Vainglory

Ini sepatutnya membawakan anda kembali ke Halcyon Fold serta-merta.


Tidak Boleh Mengakses Lokasi Pemasangan:
install location unavailable.png
Selepas memasang apl itu, jangan jalankannya.
Untuk kebanyakan tablet:

  1. Pergi ke (Tetapan → Apl → Vainglory → Ketik pada Kebenaran)
  2. Anda akan nampak pilihan storan anda dan di sebelah kiri anda akan nampak gelangsar untuk mendayakan/menyahdayakan kebenaran untuk menggunakan pilihan storan tersebut.
  3. Jika tetapan dimatikan, hidupkan tetapan.
  4. Jika tetapan sudah dihidupkan, maka matikan tetapan dan mulakan semula peranti anda, kemudian hidupkan tetapan kembali dan mulakan semula

Untuk kebanyakan telefon:

  1. Pergi ke (Tetapan → Storan → Lokasi Storan Pilihan)
  2. Pilih lokasi yang anda mahu.
  3. Jika lokasi pilihan anda sudah dipilih, tukar lokasi itu dan mulakan semula peranti anda, kemudian tukar kembali dan mulakan semula lagi

Selepas melakukan ini, jalankan Vainglory dan masalah itu sepatutnya selesai!!
Jika cara ini tidak berkesan, anda mungkin mengalami masalah yang berbeza jadi sila mulakan bebenang dengan semua maklumat peranti anda.

Pemasangan Terhenti di xx% / Memulakan semula pemasangan:

Jika anda mengalami isu ini kemungkinan adalah kerana satu daripada dua isu:

  1. Kad SD anda tidak cukup laju untuk mengendalikan VG. Sila pastikan kelajuan baca/tulis kad mencukupi untuk mengendalikan rakaman video VG.
  2. Lokasi pemasangan anda kehabisan ruang. Vainglory cuma memerlukan kira-kira 1GB ruang tetapi jika lokasi pemasangan mempunyai kurang daripada 2GB yang tersedia, peranti anda mungkin menghadapi masalah semasa pemasangan kerana ia ingin menyimpan memori yang kosong untuk kegunaan Memori Lentur. Sila pastikan anda memadam aplikasi lama serta foto dan video lama yang tidak diperlukan lagi *buat sandaran dahulu.

Selepas menyelesaikan isu ini, cuba langkah pemasangan semula di atas lagi!

Perlu diingat:

  • Vainglory cuma memerlukan kira-kira 1GB ruang tetapi jika lokasi pemasangan mempunyai kurang daripada 2GB yang tersedia, peranti anda mungkin menghadapi masalah semasa pemasangan kerana ia ingin menyimpan memori yang kosong untuk kegunaan Memori Lentur.
  • Jika memasang pada kad SD sila pastikan kelakuan tulis/baca kad itu cukup untuk mengendalikan rakaman video 4K.

 

Kami benar-benar berharap cara ini akan berkesan untuk anda dan anda dapat memasang versi terbaru Vainglory dengan jayanya pada peranti anda.

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami