Berapakah harganya?

Tiada bayaran! Vainglory adalah percuma untuk dimuat turun dan dimainkan secara percuma selama-lamanya. Kami tidak akan mengehadkan permainan anda dengan pemasa, gerbang bayaran atau mekanisme lain yang menghalang keupayaan anda untuk bermain.

Namun begitu, terdapat had untuk bermain perlawanan berkedudukan atas dua sebab:

  1. Akaun di Tahap 10 - Untuk memastikan anda serius dalam perlawanan berkedudukan dan anda bersedia untuk mengendalikan perlawanan itu
  2. 8 Wira dibuka - Untuk memastikan anda dapat masuk ke dalam pilihan Mod Draf dan mempunyai cukup Wira untuk mod itu (2 larangan + 5 pemain + 1 pilihan anda = 8 wira untuk pilihan diperlukan)

Untuk membiayai pembangunan permainan selanjutnya, kami sebaliknya menawarkan anda pilihan untuk membayar bagi menyesuaikan permainan anda dengan lebih cepat berbanding hanya mendapatkan kelayakan dengan bermain.

Sebagai contoh, daripada hanya bermain untuk mendapatkan Glory dan Kad dalam permainan agar anda boleh membuka wira atau kulit baju baru, anda sebaliknya boleh membeli ICE dan menggunakan ICE untuk membuka kandungan secara kekal dengan lebih cepat. Kami juga kadangkala mempunyai kulit baju terhad untuk wira anda yang boleh dibeli hanya dengan menggunakan ICE.

Semua pembelian adalah estetik semata-mata dan tidak menjejaskan permainan.

Kami pemain tegar dan kami melayan pemain kami seperti mana kami sendiri ingin dilayan.

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami