Bagaimanakah Musim berfungsi?

Musim ialah satu set tempoh masa untuk peserta meningkatkan kedudukan dan menguji kemahiran mereka!

Semasa setiap musim, anda akan mempunyai satu set tempoh masa untuk meningkatkan kedudukan anda secara bersendirian, dengan rakan Persatuan atau dalam Pasukan!

Ini akan membuka jalan untuk ganjaran jika anda berada dalam Persatuan dan untuk peluang perlawanan jika anda berada dalam sebuah Pasukan. Ini juga merupakan masa untuk menetapkan dan mencapai sasaran peribadi, kemudian menyimpan pencapaian itu selama-lamanya dalam bahagian trofi akaun anda atau Persatuan dan/atau Pasukan yang anda sertai.

Terdapat 4 musim setiap tahun, setiap satu sepanjang kira-kira 3 bulan; Musim Sejuk, Musim Bunga, Musim Panas dan Musim Luruh.

Bersama-sama setiap musim ialah perubahan seperti kulit baju peta baru dan kulit baju wira edisi terhad. Terdapat juga tetapan semula kedudukan yang telah dicapai oleh pemain, pasukan dan persatuan. Bayaran persatuan dilakukan pada penghujung setiap musim.

Menjelang penghujung setiap musim, pasukan teratas memohon - atau dijemput - untuk bertanding dalam kejohanan rasmi rantau masing-masing seperti VGL, TL dan RAGE! Pasukan ini berjuang demi kegemilangan, menggah-gahkan hak dan hadiah wang tunai! Malahan, beberapa pasukan akhirnya dijemput ke Liga Perdana Antarabangsa Vainglory (VIPL)!

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami