Liga The Evil 8 & Challenger

LIGA 'THE EVIL 8' & 'CHALLENGERS'

The Evil 8 mengambil lapan pasukan terhebat Amerika Utara dan Eropah masing-masingnya serta memisahkan mereka dalam liga baru Vainglory. Pasukan ini akan berlawan antara satu sama lain dalam pertandingan lapan pasukan pada setiap hujung minggu sepanjang musim itu dan mengumpul mata.

Selari dengan liga ini, semua pasukan saingan Vainglory lain akan bertanding dalam Challengers komuniti, yang dijalankan semasa musim itu oleh organisasi bebas iaitu VGL dan VIS. Challengers akan berlawan dalam pertandingan braket 32 pasukan setiap Selasa/Rabu dengan proses permohonan dan format yang telah biasa digunakan oleh pasukan pada musim terdahulu.

twitch_infographic

Manfaat untuk pemain dan peminat bagi struktur e-sukan baru adalah amat besar:

  • Pasukan terbaik serantau akan bertanding antara satu sama lain dengan lebih kerap, memberikan penonton pada setiap minggu mutu perlawanan dan keterujaan yang biasanya hanya wujud pada Kejohanan Langsung akhir musim.
  • Pasukan baru dan pasukan sedang berkembang tidak lagi akan menghadapi “Dinding suku akhir” yang menjamin kekalahan mereka apabila dipadankan dengan organisasi profesional yang berpengalaman.
  • Dengan mengemaskan lapan pasukan teratas, lebih banyak pasukan dapat memenangi seluruh pertandingan, yang kritikal bagi pematangan dan pertumbuhan pasukan serta memenangi hadiah wang!

PERTEMPURAN CABARAN

Walau bagaimanapun, pasukan yang membuktikan kemahiran mereka pada setiap minggu tidak akan dihadkan hanya kepada bertanding dalam Challengers. Pada pertengahan musim dan hampir akhir musim, kami akan menganjurkan Pertempuran Cabaran pertaruhan tinggi yang memperlihatkan tiga pasukan teratas Challengers (berdasarkan mata yang diperoleh dalam pertandingan Challengers) bertanding dengan tiga pasukan terbawah Evil 8 (berdasarkan kedudukan mata Evil 8) dalam perlawanan menang tiga daripada lima. Jika pasukan Challenger menang, mereka akan mendapat tempat di liga 8 Teratas, manakala pasukan Evil 8 tersebut akan dijatuhkan ke dalam Challengers.


PECAHAN ‘EVIL 8’

Musim Evil 8 akan dipisahkan kepada dua pecahan. Pada akhir setiap pecahan terdapat Pertempuran Cabaran. Mata Evil 8 dipadamkan selepas Pecahan 1, oleh itu pasukan Pencabar yang memasuki Pecahan 2 tidak mengalami sebarang kekurangan dalam bahagian kedua musim Evil 8.


KEJOHANAN LANGSUNG

Terdapat dua cara untuk layak ke Kejohanan Langsung:

  • Pasukan Evil 8 yang tamat pada lima kedudukan teratas bagi Pecahan 2 dijamin mendapat tempat dalam pertandingan.
  • Pemenang Pertempuran Cabaran akhir musim (sama ada tiga kedudukan terbawah Evil 8 atau tiga kedudukan tertinggi Challengers) dijamin mendapat tempat dalam pertandingan.

Selepas Pertempuran Cabaran akhir musim, terdapat “Minggu Pasukan Pilihan, yang memberikan peluang kepada sebarang pasukan baru muncul untuk meningkatkan kedudukan pasukan pilihan pertandingan kejohanan mereka. Mata gabungan daripada Pecahan 2 Evil 8 dan Minggu Pasukan Pilihan akan menentukan kedudukan pasukan pilihan terakhir Kejohanan Langsung.


KEJOHANAN DUNIA

Kejohanan Dunia Vainglory rasmi yang pertama sekali akan berlangsung ketika musim Luruh, menonjolkan 12 pasukan terhebat di dunia berdasarkan rantau dan prestasi sepanjang tahun e-sukan yang lalu.


CARA MENYERTAI LIGA ‘CHALLENGERS’ VGL & VIS

  • Pergi ke vaingloryesports.com setiap minggu semasa musim untuk memohon penyertaan dalam pertandingan braket 32 pasukan akan datang.
  • Anda tidak perlu menjejak sama ada VGL atau VIS sedang beroperasi pada sesuatu minggu; hanya pergi ke vaingloryesports.com yang mempunyai butang MOHON SEKARANG untuk permainan minggu seterusnya.
  • Pastikan anda memohon setiap minggu dengan memasukkan pasukan dalam permainan anda! Bermain ketika Minggu 1 tidak menjamin tempat dalam pertandingan masa hadapan.
  • Pemilihan bagi setiap pertandingan 32 pasukan adalah berdasarkan rating pemain Berkedudukan bagi tiga pemain terbaik untuk setiap pasukan dalam permainan, serta prestasi terdahulu sebagai kriteria kedua. (Ini ialah kriteria sama seperti yang digunakan dalam musim terdahulu.) Walaupun pertandingan Challenger VGL dan VIS dijalankan secara berasingan, SEMC/Twitch akan mengendalikan pemilihan semua pasukan berdasarkan kriteria di atas sebagai perkhidmatan tambahan untuk memastikan pemilihan paling tepat dan termaklum yang mungkin.

TEMPAT MENONTON

Semua siaran ‘Evil 8’ dapat ditonton di saluran Twitch Vainglory. Challengers akan disiarkan di saluran Twitch VGL dan saluran Twitch VIS.


‘EVIL 8’ AMERIKA UTARA – JADUAL MUSIM

http://www.vainglorygame.com/news/evil-8-north-america-full-summer-schedule-unveiled/


‘EVIL 8’ EROPAH – JADUAL MUSIM

http://www.vainglorygame.com/news/evil-8-europe-full-summer-schedule-announced

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami