Tip dan Bantuan Sambungan

Walaupun kami Super Evil, kami akan sentiasa memandang serius setiap masalah sambungan yang dikemukakan kepada kami dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah segera. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara di pihak anda yang boleh anda uji dan optimumkan yang pasti membantu memperbaik permainan dan sambungan anda - walaupun jika anda tidak menghadapi begitu banyak masalah dengan isu sambungan!

Ini ialah ujian dan pengoptimuman yang akan anda lakukan walaupun selepas anda telah mencuba segala perkara lain yang selalu kami cadangkan, ini juga lebih kepada catatan untuk membantu anda memahami sambungan secara umum agar anda boleh melihat mengapa ada masalah yang berlaku.

Analogi: (bukan yang terbaik, tetapi bersabarlah dengan kami)
Jika sambungan internet anda ialah lebuh raya semua arah maka:

  • Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda akan menjadi pemilik lebuh raya, dengan pondok tol dan tanjakan masuk/keluar disediakan
  • Lebar jalur akan menjadi bilangan lorong
  • Kelajuan Muat Naik/Muat Turun akan menjadi had kelajuan lebuh raya anda
  • Kependaman akan menjadi trafik, menukar kelajuan sebenar untuk dari sumber ke destinasi dan kembali
    • Ini biasanya dirujuk sebagai Ping, tetapi ping cuma protokol yang menghantar (paket) dan menunggu balasan, nombor yang anda nampak dalam milisaat sebenarnya ialah Kependaman, tetapi menyebut "Ping" dan memaparkannya sebagai "Ping" merupakan amalan biasa hari ini
  • Paket akan menjadi kereta/lori yang berbeza dan muatannya
  • Port akan menjadi tanjakan masuk/keluar yang banyak untuk masuk/keluar dari lebuh raya di tempat yang betul

 


Ports:

Mengapakah kami sentiasa memberitahu orang ramai untuk membuka port 7000~8020?

Kini, dalam analogi di atas jika anda ingin pergi dari titik A ke titik B tetapi tanjakan keluar anda (Port) untuk pergi ke titik B telah ditutup. anda sama ada berhenti di tempat yang sepatutnya atau terus memandu tanpa tujuan kerana anda sebenarnya tidak akan SAMPAI ke tanjakan keluar anda. Bilangan lorong dan had kelajuan lebuh raya semua arah anda langsung tidak diambil kira jika anda tidak dapat KELUAR dari lebih raya di tempat yang anda mahu.

Inilah sebabnya kami memberitahu anda agar membuka port 7000~8020, kerana ini ialah tanjalan masuk/keluar untuk Vainglory.
Bagi mendapatkan bantuan untuk membuka port, sila rujuk cerapan ajuan port ini.
Sila rujuk tapak yang membantu ini yang boleh melakukan banyak ujian yang berguna juga:

Anda boleh menguji secara khusus menggunakan tapak di atas jika port tertentu dibuka atau ditutup kepada rangkaian anda. Ujian Port Biasa ShieldsUP! dan Ujian Semua Port akan sangat membantu, tetapi CanYouSeeMe boleh memeriksa port yang khusus untuk keterbukaan oleh ISP anda. Ini tidaklah 100% tepat memandangkan ia masih boleh terjejas dengan tembok api dan sebagainya pada sistem anda sendiri.

Malangnya, walaupun jika anda mendengar nasihat kami dan membuka port ini pada penghala anda, ISP anda mungkin tidak membuka port ini. Jika ISP anda tidak membuka port ini, tidak banyak yang boleh anda ataupun kami lakukan tentangnya selain daripada menghubungi mereka dan meminta port itu dibuka atau menukar ISP.


Paket:

Mengapa kami kerap menyebut had saiz paket dan had jumlah paket?
Menggunakan analogi di atas, had ini pasti berkaitan dengan berat dan bilangan kereta serta lori.

Sebagai contoh, mungkin ISP tertentu hanya membenarkan 'kereta' untuk menggunakan lebuh raya semua arah mereka, lori tidak dibenarkan (bermakna terdapat had saiz yang serius). Itu bermakna pada bila-bila masa anda perlu menghantar atau menerima paket yang besar, paket ini sama ada akan terus disekat atau dipecahkan menjadi bahagian yang kecil dan dihantar secara berasingan (yang menyebabkan berlaku pelbagai jenis masalah).
ISP lain mungkin meletakkan seorang lelaki berdiri di tepi tanjakan keluar dengan salah satu kliker sambil mengira. Ini bermakna akan terdapat had jumlah. Mungkin anda perlu menghantar 500 kereta dalam masa tertentu, tetapi dia mengira sehingga 350 dan kemudian menghentikan trafik kerana had telah dicapai dalam masa itu, selepas dia menunggu cukup lama, dia melepaskan baki kereta, tetapi biasanya sudah terlambat.

Peranti dan penghala anda mempunyai yang dipanggil MTU (Unit Transmisi Maksimum). Ini ialah had jumlah bait yang boleh dihantar dengan setiap paket data. Anda juga mungkin perlu memeriksa dengan ISP anda untuk mengetahui had MTU maksimum mereka untuk rangkaian anda. Selepas menyemak ISP anda dan tetapan MTU peranti/penghala anda, anda kemudiannya mungkin boleh mengoptimumkan. Jika MTU terlalu kecil atau terlalu besar, ia boleh membawa kesan yang sangat berbahaya pada prestasi anda. Mengubah MTU anda tidak akan menjejaskan kependaman atau TTL anda, walau bagaimanapun, melaraskan MTU kepada tetapan idealnya mencipta pemindahan yang lebih cekap dan sekaligus prestasi menyeluruh yang lebih baik. Sistem yang dilaras dengan baik boleh memiliki kelajuan yang tinggi, kurang ralat dan kecekapan pemindahan yang lebih baik.

Ini ialah tapak yang sangat berguna yang boleh membantu anda memahami MTU dan cara untuk mengoptimumkannya:



Kelajuan:
Ramai pemain menyebut kelajuan muat naik/muat turun mereka, yang bagus, tetapi apakah maksudnya yang sebenar?

Dalam analogi kami, Lebar Jalur dan kelajuan muat naik/muat turun bekerja bersama-sama. Jika terdapat banyak kereta di lebuh raya, lebar jalur yang lebih besar akan membantu. IPS anda juga akan memberikan had kelajuan kepada lebuh raya anda. Semua ini baik dan bagus, tetapi jika lebuh raya anda mempunyai banyak trafik (Kependaman) dan menyekat tanjakan masuk/keluar (Port tidak dibuka) maka tidak kiralah berapa had kelajuan lebuh raya anda, anda sama ada tersekat dalam trafik atau anda tidak dapat masuk/keluar dari lebuh raya di tempat yang sepatutnya. Kedua-dua isu ini menyebabkan masalah besar kepada anda yang tidak kelihatan dalam ujan kelajuan yang ringkas.

Kebanyakan anda menggunakan aplikasi menguji kelajuan yang terkenal, tetapi tapak ini mempunyai ujian dan alatan yang lebih baik yang percuma dan membantu secara khusus:

Tetapi jika anda menyukai tapak yang lain, inilah dia, bersama-sama dengan ujian ping baharu yang mungkin berguna kepada anda:



Kami benar-benar berharap analogi dan maklumat ini membantu anda memahami sambungan dan rangkaian anda sendiri. Sila ingat bahawa semua maklumat/alatan/ujian di atas TIDAK akan secara khusus menguji sambungan anda ke Vainglory melalui ISP anda ke pelayan kami, ia hanya akan membantu anda mengesan masalah yang mungkin dialami oleh rangkaian dan ISP anda agar anda boleh cuba menyelesaikannya.

Sila luangkan masa untuk mempelajari tentang sambungan dan ISP anda serta apakah maksud sebenar semua maklumat dan lakukan pengoptimuman di mana yang boleh!
~Super Evil Megacorp

Panduan Vainglory

Temui binaan wira terbaru, panduan strategi dan wiki! Lawati Akademi

Berita

Baca berita terkini tentang Vainglory! Baca berita

Kit akhbar

Untuk soalan akhbar, sila hubungi kami. Hubungi kami